LAMANKU

Selasa, 31 Ogos 2010

SELAMATKAN BUMI NAN PERMAI



Jika anda semua tahu sampah di Malaysia sahaja jika di kumpulkan dari seluruh negeri ini setiap hari menyamai setinggi bangunan berkembar Petronas dan dapat memenuhi Stadium Bukit Jalil. Tidakkah anda semua terfikir semua ini?



Penggunaan sumber alam juga meningkat bagi menghasilkan satu produk. Adakah anda fikir? Oleh itu bagi mengurangkan kebergantungan sumber alam ini marilah kita semua mengamalkan kitar semula. Hal ini demikian kerana amlan kita semula ini dapat mengurangkan kemusnahan alam yang telah wujud berbilon lamanya.



Bahan yang boleh di kitar semula seperti kertas,tin aluminium, kaca, dan plastik di kumpul dan di asingkan mengikut jenis sebelum dikitar semula. Hari ini kerajaan juga mengalakkan masyarakat untuk mengitar semula bahan-bahan ini. Pelbagai kempen turut diadakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk melakukan amalan kitar semula.



Selain itu, sisa-sisa makanan juga boleh dikitar semula untuk di jadikan baja organik atau baja kompos. Cara menghasilkannya juga senang iaitu sisa makanan dikumpulkan dalam satu bekas dan ditaburkan sedikit bakteria untuk menggalakkan pertumbuhan kulat, selepas itu di tutup dan dibiarkan selama sebulan.


Tong Kitar Semula.

Marilah sama-sama kita menjaga bumi kita yang indah ini.

Ahad, 29 Ogos 2010

MAKANAN CELUP TEPUNG






Makan celup tepung adalah makan seperti ikan, udang, sotong, pisang dan lain-lain akan di celup ke dalam tepung yang telah di adun dan di goreng sehingga masak .
Makan ini amat popular di Terengganu,Boleh di katakan sepanjang jalan di sini ada menyediakan makan seperti ini. Makanan ini biasanya di jadikan juadah minum petang yang di hidang bersama teh atau kopi yang masih panas.









Bagi merialisasikan Terengganu sebagai negeri yang terkenal dengan makanan celup tepung, kerajaan telah mewujudkan kios menjual makanan tersebut di Pantai Peranginan Batu Buruk. Di sini terdapat pelbagai makan celup tepung yang di sajikan kepada pengunjung yang datang dengan harga yang berpatutan.

MEH MAKAN BUAH-BUAHAN

Musim buah kini tiba lagi, pelbagai buah-buahan kita boleh dapati di pasar-pasar malam kedai-kedai menjual buah dan di tepi-tepi jalan. Bagi pelancong luar yang berkunjung ke Malaysia anda boleh menikmati buah-buahan tempatan terutamanya raja buah terus dari pokok kerana pengunjung boleh menginap di rumah-rumah penduduk kampung yang di kenali sebagai homestay.

Setiap pelancong yamg menginap di situ pasti akan dapat menikmati buah-buahan
segar terus dari pokok dan merasai sendiri pengalaman memetik buah .
Biasanya di kampung-kampung di Terengganu pasti akan menanam pokok buah-buahan di setiap rumah mereka hal ini terbukti apabila anda melalui jalan kampung di Terengganu anda pasti melihat pohon buah berdiri teguh di halaman mereka.
Bagi yang ingin menikmati buah-buahan yang segar terus dari pokok datanglah ke Terengganu. Anda pasti merasai kelainannya.

KEAJAIBAN TERENGGANU

Negeri Terengganu sebuah negeri yang terletak di pantai timur Malaysia,mempunyai keluasan 1,295,638.3 hektar dan mepunyai pantai yang panjang dan cantik sejauh 225 km dari utara(Besut) ke selatan(kemaman) ini menyimpan pelbagai keajaibannya yang tersendiri.Keajaiban ini sudah terkenal di seluruh dunia.

Keindahan Terengganu di hiasi dengan rangkaian pulau-pulau yang tercantik dan terkenal sehingga ke peringkat dunia. Antar rangkaina pulau tersebut ialah Pulau Rhu Hentian, Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang, pulau Tenggol, Pulau Gemia, dan Pulau Kapas.
Kepandaian serta kreatif anak Terengganu dalam pembuatan bot secara tradisional yang terkenal terletak di Pulau Kambing. Kecantikan corak batik dan songket yang di hasilkan boleh di dapati di seluruh daerah di Terengganu. Kehalusan seni ukir tangan keatas kayu boleh dijadikan hiasan rumah yang menarik.

Selain itu keajaiban negeri ini kerana terdapat sebuah muzium yang terbesar di Malaysia, Tasik kenyir yang kita tahu selama ini di kenali juga sebagai tasik buatan Malaysia terbesar,ait terjun yang tertinggi di Malaysia, pantai yang terpanjang di Malaysia, dan mempunyai pokok cengal tertua di dunia.

Terengganu juga mempunyai budaya tradisional yang tersendiri untuk di nikmati oleh semua peringkat umur. Selain itu juga, Terengganu juga mempunyai ladang burung merak ajil yan terbesar di Malaysia dan pusat pemulihan kelip-kelip yang menakjubkan di Malaysia.
Keajaiban negeri ini tidak dapat di nikmakti jika anda semu tidak datang sendiri untuk merasainya.

Khamis, 26 Ogos 2010

KEINDAHAN RAMADAN

Bulan ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan yang dikurniakan ke atas umat islamseluruh dinia ini. Bulan ini lain dari bulan yang lain yang terdapat dalam kalendar islam kerana dalam bulan ini terdapat 1 malam yang di panggil malam lailatulqhagar. Sesiapa yang mengerjakan amal ibadat pada malam itu Allah akan memberinya pahala yang berlipat kali ganda. Allah menyatakan di dalam Al-Quran iaitu carilah malam lailatulqhadar itu pada 10 malam terakhir ramadan.

Oleh itu carilah ia pada 10malam terakhir.......

SELAMAT MENYAMBUT RAMADANAL-MUBARAK

JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG


Bulan yang bersejarah iaitu bulan kemerdekaan telah tiba lagi. Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun yang ke 53.
Betapa bersyukurnya kita kerana kita telah mencapai usia kemerdekaan yang ke 53 serta telah 53 tahun juga kita telah bebas dari penjajahan kuasa-kuasa asing yang mahu mendapatkan tanah yang bertuah ini untuk kepentingan mereka sendiri.
Bagi menunjukkan rasa bangga kita kepada rakyat di negara yang lain marilah kita mengibarkan bendera kebanggan kita bendera Malaysia atau Jalur gemilang. Dengan mengibar Jalur Gemilang telah membuktikan betapa kita bangga menjadi anak merdeka di tanah bertuah ini.
MARILAH KITA KIBARKANJALUR GEMILANG......

HOMESTY (Tempat penuh keunikan)



Homestay adalah rumah penduduk kampung yang di ubah menjadi seperti tempat penginapan untuk pelancong yang datang untuk merasai pengalaman di kampung.

kepada pelancong yang inginkan lelainan dalam percutian merekaserta inginkan tempat penginapan yang murah,anda boleh memilih percutian secara homestay. Dengan bayaran yang murah anda boleh merasai pelbagai pengalaman yang anda tidak pernah rasa belum ini seperti menjala ikan di sungai, menuai padi, menjala ikan dan banyak lagi untuk anda rasai sendiri.

Bagi yang ingin lari dari kesibukan kota, homestay adalah pilihan terbaik anda kerana suasana kampung yang tenang dan nyaman membuat anda tenang dan gembira.

Pelancong yang ingin merasai pengalaman memasak makanan kampung secara beramai-ramai boleh merasainya di homestay.

Di Terengganu terdapat banyak homestay yang menawarkan harga yang murah serta pengalaman yang menakjubkan di setiap daerah di sini.

Rabu, 18 Ogos 2010

NEGERI INDAH, NEGERI GEMILANG



APA KATA MEREKA?




Pembangunan sekarang yang semakin pesat menjadikan Terengganu kini semakin di kenali tidak seperti dulu sebut sahaja pasal Terengganu orang tidak tahu apa yang ada menarik di Terengganu. Kini saya amat berbangga menjadi anak jati Terengganu kerana Terengganu kini sudah terkenal. Syabas Terengganu....(Meira)







Saya amat bangga dengan negeri kelahiran saya iaitu Terengganu kerana Terengganu kini adalah sebuah negeri yang begitu indah, banyak tempat-tempat yang dulunya suram kini di bangunkan menjadi kawasan perlancongan. Saya juga bangga dengan perubahannya sehingga Terengganu mendapat gelaran BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR kerana mempunyai pantai yang terpanjang di Malaysia dan pantainya yang cantik dan indah.(Rosdi)

Dulu saya hanya mendengar sahaja tentang keindahan Terengganu serta tempat-tempat yang menarik di Terengganu seperti Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pasar Payang, Tasik Kenyir dan banyak lagi daripada rakan saya yang pernah melawat ke Terengganu. Susah nak saya percaya kerana tempat saya lagi cantik. Apabila saya melawat sendiri baru saya percaya apa yang diperkatakan oleh kawan saya adalah benar, banyak tempat-tempat menarik saya lawati seperti Bukit Puteri, Sekayu, Masjid kristal dan banyak lagi. kini saya telah mengetahui bagaimana bot besar di hasilkan untuk kegunaan nelayan. Jika ada lagi Peluang untuk melawat ke Terengganu saya pasti akan pergi lagi keran banyak lagi tempat yang belum saya lawati.(Sherah)










Sebagai anak jati Terengganu saya begitu bangga dengan perubahan Terengganu sekarang, banyak tempat-tempat yang duhulunya hanya di tumbuhi semak samun kini dibangunkan menjadi tempat tarikan perlancongan. Pada hari ini juga ramai pelancong yang berkunjung ke Terengganu. Mereka datang untuk merasai sendiri apa yang diwarwakan selama ini di dalam media cetak, media elektronik atau pun daripada rakan mereka yang pernah datang sebelum ini. Saya lihat merka berpuas hati kerana apa yang di khabarkan bukan indah khabar dari rupa. saya harap Terengganu terus maju sebagai syurga perlancongan dunia.(Amin)











Dulu kini banyak bezanya, Saya tidak menyangka Terengganu negeri kelahiran saya begitu berbeza dengan dulu pada waktu saya kecil. Dahulu tidak banyak bangunan didirikan tapi kini telah banyak bangunan didirikan dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik menghiasi bandaraya warisan pesisir air ini. Pelbagai aktiviti di rancang untuk menarik masyarakat luar berkunjung ke Terengaanu. Infastruktur bagi sektor perlancongan telah di baik pulih dan ada juga di tambah supaya kawasn tersebut menjadi lebih indah.(Nurul Ain)







Bercakap pasal keindahan Terengganu, banyak tempat-tempat yang indah dan masih belum di terokai untuk di perkenalkan dalam sektor perlancongan di Terengganu walaupun telah banyak tempat telah di promosikan. Saya berharap pihak yang terlibat mencari dan mengkaji tempat-tempat yang masih belum di popularkan. Hal ini demikian kerana kawsan di Terengganu masih terpelihara contohnya kawasan sungai di Marang, airnya masih lagi bersih dan kawasan tebing sungai Marang boleh di bangunkan untuk di jadikan tarikan pelancong. Walau bagaimanapun saya bangga menjadi anak Terengganu.(Atikah)






Kami anak-anak Terengganu pada hari ini amat berbangga menghuni tanah bertuah ini kerana pembangunan Terengganu yang pesat. Kami amat bersyukur kerana kebijaksanaan pemimpin yang bijak mengatur perjalanan pembangunan Terengganu. Pemandangan yang indah dan menarik membuat kami tenang dan berasa selamat kerana Terengganu sebuah negeri yang aman dan makmur. Kami sayang Terengganu.(Anak-anak Terengganu)

Selasa, 17 Ogos 2010

BATIK DAN SONGKET TERENGGANU





Batik Terengganu tidak seperti corak batik kontemperari yang banyak di pengaruhi oleh batik jawa(sebahagiannya dicetak di Indonesia tetapi diedar di Terengganu sebagai Batik Terengganu) dan corak yang moden dan bebas, Batik Terengganu yang asli mempunyai anatomi yang tersendiri. Sehelai batik mempunyai bahagian-bahagian corak yang khusus dengan panggilan 'patak'(dasar), kaki dan sebagainya. Penggunaan corak dan warna juga mempunyai kaitan yang rapat dengan anatomi batik tadi.



Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan kepada penggunaan lilin dan pewarna. Lilin digunakan sebagai pemisah warna yang dilukis atau diterap ke atas permukaaan tekstil. Warna kemudiannya disampaikan kepada tekstil sama ada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Seni batik unik dan istimewa kerana tidak ada sehelai kain yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan blok cap dan warna yang sama. Keunikan setiap helai tambah terselah dalam seni batik tulis.

Songket Terengganu pula terkenal di Malaysia sejak abad ke 15. Perkataan songket berasal daripada perkataan 'sungkit' iaitu teknik menyungkit. Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau benang perak.

Corak tenunan songket adalah berdasrkan motif-motif tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, tapak manggis, bunga raya, bunga teratai, dan bunga daun sirih. Motif kuih/makanan pula adalah lopak tikam. Motif binatang dalah lawi ayam manakala motif alam/benda pula adalah bunga bintang, rumah, dan bangunan.

Pada zaman dahulu songket digunakan oleh golongan istana sebagai tanjak, samping, kain selendang, dan persalinan diraja. Walau bagaimanapun kini penggunaan songket telah di pelbagaikan dan mampu dimiliki oleh semua orang sebagai pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barangan kraftangan, dan cenderamata.

LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Lapangan Terbang Sultan Mahmud adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.


Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.


Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf selesai di laksanakan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji untuk membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.



Pada 11 oktober 2008, sebuah boeing747 -400 penerbangan Malaysia telah mendarat disini pada jam 2.56ptg dari Kuala Lumpur, pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Madinah pada Musim Haji ini.

Isnin, 16 Ogos 2010

PASAR PAYANG




Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menyajikan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade, dan barangan logam serta sayuran segar, buahan, dan ikan yang segar terus dari laut.

Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli berangan tempatan di sini pada harga yang murah. pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan yang sibuk membeli-belah.

Sewaktu di sini, jangan lupa untuk membeli dan menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa iaitu keropok lekor, keropok rangup yang di buat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili buatan sendiri. sungguh enak dan lazat!!




BAZAR WARISAN

BAZAR WARISAN


Pembinaan Bazar Warisan di Kuala Terengganu telah memberi peluang kepada peniaga barang tradisional seperti songket, batik, barangan tembaga, kraf tangan, dan sebagainya untuk memasarkan produk mereka. Pembinaannya bercirikan tradisional dan mewah, ianya bakal menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu seterusnya menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke bandaraya ini.

AKEDEMI PELAYARAN

Kerajaan Terengganu telah merancang untuk membina sebuah Akedemi Pelayaran Pertama Malaysia yang bakal didirikan di Pulau Duyung. Kos pembinaan yang dijangkakan menelan belanja sebanyak RM 20 juta ini akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk tampatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya dalam usaha melahirkan pelayar yang bertaraf dunia.

MASJID TERAPUNG


Terulung Di Malaysia


Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih di kenali sebagai masjid terapung telah dinamakan sempena nama bonda al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tenku Seri Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini di bina di atas air di muara Sg. Ibai yang sekaligus menjadikan masjid ini terapung yang terulung di Malaysia.


Masjid ini mulanya di bina pada september 1991 dan siap pertengahan januari 1994 yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya dan reka bentuknya oleh Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Masjid ini menampilkan ciri-ciri tamadun islam dan gabungan seni bina tempatan.

BAZAR RAMADAN










Bulan yang mulia dan penuh barakah yang di kenali sebagai bulan ramadan kini telah tiba. Kedatangannya amat dinantikan seluruh umat islam kerana bulan ini penuh keberkatan dan rahmat kerana dalam bulan ini setiap doa hambanya yang di pohon akan di makbulkan oleh Allah s.w.t.

Apabila tiba sahaja bulan ramadan bazar-bazar ramadan tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini demikian kerana setiap daerah di negeri ini pasti ada bazar ramadan. Apabila ada sahaja bazar ini pasti orang ramai datang untuk mencari kuih atau makanan untuk berbuka nanti. Bagi yang berkerja dan tidak sempat pulang ke rumah untuk memasak mereka pasti mengunjungi bazar ramadan untuk mencari juadah kegemaran mereka.










Hal ini demikian kerana pelbagai lauk, kuih, dan makanan di jual di situ, hanya menunggu pengunjung datang untuk membeli sahaja. Makanan yang di jual di bazar ramadan kadang-kadang kita tidak pernah kenal apatah lagi rasa turut di jual.











Bagi ibu bapa yang ingin membeli pakaian hari raya untuk anak-anak mereka tidak perlu risau kerana di sini terdapat pelbagai corak yang menarik dan murah serta merangkumi semua peringkat umur. Selain itu, baju melayu dan baju kurung yang mempunyai corak yang menarik serta pelbagai warna turut di jual. Kepada kaum adam yang ingin membeli songkok untuk di pakai pada hari raya nanti turut di jual, tidak lupa juga kaum hawa yang ingin memakai tudung yang cantik serta bergaya,ianya turut di jual. Selipar untuk di pakai pada hari raya juga turut di jual dengan reka bentuk yang menarik. Istimewanya membeli di sini ialah pengunjung boleh membuat tawar menawar dengan peniaga berbanding di pusat membeli belah yang terdapat di Terengganu, haraga yang di tawarkan tidak boleh tawar menawar lagi.

PASAR MALAM

jika anda ingin menikmati pelbagai juadah makanan sama ada yang jarang di temui atau pun makanan kegemaran anda. Anda tidak perlu risau kerana semuanya terdapat di pasar malam.

Di pasar malam @ pasar minggu pelbagai juadah yang anda inginkan di jual di sini. Pasar malam boleh di dapati di seluruh negeri di Malaysia. Di Terengganu juga terdapat pasar malam yang di kenali sebagai pasar minggu. Pasar ini di adakan setiap malam di tempat-tempat yang berbeza di seluruh daerah di negeri ini.

Pengunjung juga boleh mendapatkan pakaian yang cantik dengan harga yang murah atau pun pakaian terpakai yang masih elok untuk di pakai yang di kenali sebagai pakaian bundle. Pakaian ini di jual dengan harga yang murah sekali mengikut jenis dan jenama pakaian tersebut.


Jika tiba musim buah pula, pelbagai buah-buahan di jual di sini seperti durian, rambutan, mangga, duku, langsat dan lain-lain lagi dengan harga yang murah. Selain itu juga terdapat juga peniaga yang menjual sayur-sayuran segar dan murah. Jika pengunjung ingin membeli barangan dapur, di pasar malam juga turut menjualnya.







Ahad, 15 Ogos 2010

TOKOH SASTERAWAN TERENGGANU





ABDULLAH AZIZ ABDUL RAHMAN (J.M.AZIZ)



Abdullah Aziz Abdul Rahman atau lebih di kenali J.M.AZIZ merupakan pencipta kepada puisi yang di jadikan lirik lagu Kesian Dia dan Penyu Menangis nyanyian Allahyarham Surdiman Haji Arshad.


Beliau merupakan tokoh sastera yang berasal daripada Kampung Tanjung Luang, Seberang Takir, Terengganu. Beliau terkenal dengan puisi-puisi yang indah merupakan pencipta kepada puisi yang di jadikan lirik lagu Allahyarham Surdiman Haji Arshad iaitu Kesian Dia dan Penyu Menangis. J.M Aziz menirima pendidikan awal di sekolah Melayu Seberang Takir sebelum melanjutkan pelajaran dalam aliran Inggeris di Sekolah Menengah Sultan Ismail. Nama pena J.M.Aziz adalah ilham dari sahabatnya A.Samad Said yang turut berjuang dalam dunia seni sastera tanah air.

Tanggal 1965 merupakan detik hitam dalam hidupnya apabila penyakit kusta yang dihidapinya menyebabkan beliau kehilangan penglihatan. Namun malang tersebut tidak mematahkan semangatnya malah katanya "puisi adalah penawar jiwa luka saya. Ia memupuk semangat dan menenangkan jiwa lara saya". Beliau telah kembali kerahmatullah pada tangga 15 mac 2001 pada usia 65 akibat sakit tua.



Penyu Menangis


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas
rinduAdik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)


Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)


Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)


Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)

Ulang
KESIAN DIA

Kasih sayang tiada sempadan
Bagai laut dan pantai
Nasib malang bercerai badan
Bak pasir dibelah badai

Buah hati timbangan badan
Tidak dua dan tiga
Sudah berjanji berpegang tangan
Kiranya terlepas jua
Kesian dia
Serikat sirih seumbut pinang
Selaut kasih sepantai saying

Kalau boleh pinjamkan selendang
Abang rindu harum baunya
Merayu pada yang disayang
Jika ada sisa kasihnya

Kesian dia
Biduk sebuah kita bermudik
Dibuai tapak gelombang
Biduk kekasih itulah adik
Tempat abang menumpang sayang

Kesian dia

Serikat sirih seumbat pinang
Selatu kasih sepantai saying

Ombak kasih dating bertandang
Pantai saying menanti
Namun abang tetap mengenang
Sendiri kehilangan hati

Kesian dia

Serikat sirih seumbui pinang
Selaut kasih sepantai sayang


GENERASI ULUL-ALBAB (QURANIK)

Dalam Al-Quran telah di sebut sebanyak 16 kali Ulul-Albab. Golongan ini mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan memahami maknanya, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, mampu berfikir dan memerhati kejadian Allah melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar daripadanya. Negeri Terengganu telah mengorak langkah melahirkan golongan ulul-albab yang bercirikan Quranik, Ensaiklopedik dan ijtihadik dengan mewujudkan sekolah Imtiaz. Sebanyak 4 buah sekolah telah didirikan iaitu SM Imtiaz Kuala Terengganu,SM Intiaz Dungun,SM Intiaz Besut, dan SM Intiaz Hulu Terengganu.

Terengganu juga pernah tercatat dalam Malaysian Book Of Record kerana menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai yang melibatkan 937 kanak-kanak tadika. Kanak-kanak yang berusia 5 hingga 6 tahun telah berjaya kahtam al-quran melalui program pintar AL-Quran di tadika Yayasan Islam Terengganu.

Selain itu, Terengganu turut giat dalam usaha meningkatkan bilangan masjid di negeri ini. Kerajaan telah meluluskan usaha pembinaan 62 buah masjid termasuk Masjid Hadhari yang bernilai RM 10 juta.

Dalam usaha membudayakan Islam di Terengganu, pelbagai langkah diambil oleh kerajaan seperti mengembalikan elaun kepada tahfiz dan guru al-quran, memperkenalkan E-munakahat, menunaikan haji kepada kakitangan kerajaan negeri, menganjurkan perkampungan islam Hadhari, menyampaikan khutbah dengan bantuan multimedia dan membina pusat gadaian islam.

TERENGGANU (PERMATA PANTAI TIMUR)



Pesisir pantai Terengganu yang menjalar panjang dari besut di utara hingga ke kemaman di selatan kaya dengan teluk-teluk kecil yang terlindung dan pokok-pokok kelapa yang melambai ditiup angin. Kebanyakan pantainya yang lebar dan cantik dipukul ombak Laut China Selatan yang berbuih putih dan pantainya yang melandai ke laut sesuai dengan gelaran yang telah di berikan kepadanya BANDARAYA WARISAN PESISR AIR. Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut membentuk sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Lautan yang terbentang luas,hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah serta mengasyikan membolehkanpulau-pulau ini diibaratkan sebagai syurga tropika.

Terengganu kaya dengan warisan seni dan budaya yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, seperti yang anda semua dapat lihat dari gerak tari yang lemah gemalai dan muziknya yang mengasyikan. Selain itu juga Terengganu juga terkenal dengan industri pembuatan kraf tangan tradisional seperti pembuatan songket,batik,perhiasan tembaga dan anyaman pandan yang diwarisi sejak 2000 tahun dahulu. Di samping itu juga, industri pelancongan turut berpeluang untuk meninjau pasar malam yang diadakan setiap malam di tempat-tempat yang berbeza di negeri ini. Membeli-belah di pasar malam adalah sebahagian daripada budaya hidup masyarakat tempatan. Fenomena ini telah memberi peluang kepada pelawat untuk merasai makanan dan buah-buahan tampatan yang di jual di pasar malam.

Rabu, 11 Ogos 2010

MERCU TANDA TERENGGANU

Bazar Warisan

Peliharakanlah Terengganu







Istana Maziah








Medan Maziah



Masjid kristal




Kompleks Muzium Negeri Terengganu




Masjid Abidin




Masjid Terapung




Batu Bersurat Roundabout





Chinatown



Bukit Puteri



Kuala Terengganu Waterforn