LAMANKU

Ahad, 15 Ogos 2010

TERENGGANU (PERMATA PANTAI TIMUR)



Pesisir pantai Terengganu yang menjalar panjang dari besut di utara hingga ke kemaman di selatan kaya dengan teluk-teluk kecil yang terlindung dan pokok-pokok kelapa yang melambai ditiup angin. Kebanyakan pantainya yang lebar dan cantik dipukul ombak Laut China Selatan yang berbuih putih dan pantainya yang melandai ke laut sesuai dengan gelaran yang telah di berikan kepadanya BANDARAYA WARISAN PESISR AIR. Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut membentuk sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Lautan yang terbentang luas,hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah serta mengasyikan membolehkanpulau-pulau ini diibaratkan sebagai syurga tropika.

Terengganu kaya dengan warisan seni dan budaya yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, seperti yang anda semua dapat lihat dari gerak tari yang lemah gemalai dan muziknya yang mengasyikan. Selain itu juga Terengganu juga terkenal dengan industri pembuatan kraf tangan tradisional seperti pembuatan songket,batik,perhiasan tembaga dan anyaman pandan yang diwarisi sejak 2000 tahun dahulu. Di samping itu juga, industri pelancongan turut berpeluang untuk meninjau pasar malam yang diadakan setiap malam di tempat-tempat yang berbeza di negeri ini. Membeli-belah di pasar malam adalah sebahagian daripada budaya hidup masyarakat tempatan. Fenomena ini telah memberi peluang kepada pelawat untuk merasai makanan dan buah-buahan tampatan yang di jual di pasar malam.