LAMANKU

Selasa, 17 Ogos 2010

LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Lapangan Terbang Sultan Mahmud adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.


Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.


Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf selesai di laksanakan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji untuk membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.



Pada 11 oktober 2008, sebuah boeing747 -400 penerbangan Malaysia telah mendarat disini pada jam 2.56ptg dari Kuala Lumpur, pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Madinah pada Musim Haji ini.