Saya amat bangga dengan negeri kelahiran saya iaitu Terengganu kerana Terengganu kini adalah sebuah negeri yang begitu indah, banyak tempat-tempat yang dulunya suram kini di bangunkan menjadi kawasan perlancongan. Saya juga bangga dengan perubahannya sehingga Terengganu mendapat gelaran BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR kerana mempunyai pantai yang terpanjang di Malaysia dan pantainya yang cantik dan indah.(Rosdi)
Dulu saya hanya mendengar sahaja tentang keindahan Terengganu serta tempat-tempat yang menarik di Terengganu seperti Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pasar Payang, Tasik Kenyir dan banyak lagi daripada rakan saya yang pernah melawat ke Terengganu. Susah nak saya percaya kerana tempat saya lagi cantik. Apabila saya melawat sendiri baru saya percaya apa yang diperkatakan oleh kawan saya adalah benar, banyak tempat-tempat menarik saya lawati seperti Bukit Puteri, Sekayu, Masjid kristal dan banyak lagi. kini saya telah mengetahui bagaimana bot besar di hasilkan untuk kegunaan nelayan. Jika ada lagi Peluang untuk melawat ke Terengganu saya pasti akan pergi lagi keran banyak lagi tempat yang belum saya lawati.(Sherah)
Sebagai anak jati Terengganu saya begitu bangga dengan perubahan Terengganu sekarang, banyak tempat-tempat yang duhulunya hanya di tumbuhi semak samun kini dibangunkan menjadi tempat tarikan perlancongan. Pada hari ini juga ramai pelancong yang berkunjung ke Terengganu. Mereka datang untuk merasai sendiri apa yang diwarwakan selama ini di dalam media cetak, media elektronik atau pun daripada rakan mereka yang pernah datang sebelum ini. Saya lihat merka berpuas hati kerana apa yang di khabarkan bukan indah khabar dari rupa. saya harap Terengganu terus maju sebagai syurga perlancongan dunia.(Amin)
Dulu kini banyak bezanya, Saya tidak menyangka Terengganu negeri kelahiran saya begitu berbeza dengan dulu pada waktu saya kecil. Dahulu tidak banyak bangunan didirikan tapi kini telah banyak bangunan didirikan dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik menghiasi bandaraya warisan pesisir air ini. Pelbagai aktiviti di rancang untuk menarik masyarakat luar berkunjung ke Terengaanu. Infastruktur bagi sektor perlancongan telah di baik pulih dan ada juga di tambah supaya kawasn tersebut menjadi lebih indah.(Nurul Ain)
Bercakap pasal keindahan Terengganu, banyak tempat-tempat yang indah dan masih belum di terokai untuk di perkenalkan dalam sektor perlancongan di Terengganu walaupun telah banyak tempat telah di promosikan. Saya berharap pihak yang terlibat mencari dan mengkaji tempat-tempat yang masih belum di popularkan. Hal ini demikian kerana kawsan di Terengganu masih terpelihara contohnya kawasan sungai di Marang, airnya masih lagi bersih dan kawasan tebing sungai Marang boleh di bangunkan untuk di jadikan tarikan pelancong. Walau bagaimanapun saya bangga menjadi anak Terengganu.(Atikah)
Kami anak-anak Terengganu pada hari ini amat berbangga menghuni tanah bertuah ini kerana pembangunan Terengganu yang pesat. Kami amat bersyukur kerana kebijaksanaan pemimpin yang bijak mengatur perjalanan pembangunan Terengganu. Pemandangan yang indah dan menarik membuat kami tenang dan berasa selamat kerana Terengganu sebuah negeri yang aman dan makmur. Kami sayang Terengganu.(Anak-anak Terengganu)