Terulung Di Malaysia
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih di kenali sebagai masjid terapung telah dinamakan sempena nama bonda al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tenku Seri Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini di bina di atas air di muara Sg. Ibai yang sekaligus menjadikan masjid ini terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid ini mulanya di bina pada september 1991 dan siap pertengahan januari 1994 yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya dan reka bentuknya oleh Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Masjid ini menampilkan ciri-ciri tamadun islam dan gabungan seni bina tempatan.