LAMANKU

Isnin, 16 Ogos 2010

PASAR PAYANG




Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menyajikan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade, dan barangan logam serta sayuran segar, buahan, dan ikan yang segar terus dari laut.

Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli berangan tempatan di sini pada harga yang murah. pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan yang sibuk membeli-belah.

Sewaktu di sini, jangan lupa untuk membeli dan menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa iaitu keropok lekor, keropok rangup yang di buat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili buatan sendiri. sungguh enak dan lazat!!