
Bulan yang bersejarah iaitu bulan kemerdekaan telah tiba lagi. Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun yang ke 53.

Bagi menunjukkan rasa bangga kita kepada rakyat di negara yang lain marilah kita mengibarkan bendera kebanggan kita bendera Malaysia atau Jalur gemilang. Dengan mengibar Jalur Gemilang telah membuktikan betapa kita bangga menjadi anak merdeka di tanah bertuah ini.
