
Pengunjung juga boleh mendapatkan pakaian yang cantik dengan harga yang murah atau pun pakaian terpakai yang masih elok untuk di pakai yang di kenali sebagai pakaian bundle. Pakaian ini di jual dengan harga yang murah sekali mengikut jenis dan jenama pakaian tersebut.

Jika tiba musim buah pula, pelbagai buah-buahan di jual di sini seperti durian, rambutan, mangga, duku, langsat dan lain-lain lagi dengan harga yang murah. Selain itu juga terdapat juga peniaga yang menjual sayur-sayuran segar dan murah. Jika pengunjung ingin membeli barangan dapur, di pasar malam juga turut menjualnya.
