Terengganu sememangnya sebuah negeri yang amat bertuah kerana mempunyai pulau yang indah serta pemandangan dasar lautnya yang mengasyikan. Sesiapa yang bercuti di pulau-pulau di sini rugi jika tidak melihat terumbu karang serta hidupan yang terdapat di dalamnya.
Hidupan tersebut amat jinak apabila di dekati oleh penyelam. Selain itu pengunjung juga boleh member ikan makan menggunakan tangan. Hidupan di sini amat mesra dengan pengujung yang datang.
Jika anda ke pulau Tenggol di dungun , anda akan menyaksikan sebuah galeri dasar laut yang cukup indah dan memukau kerana galeri ini yang pertama di Malaysia.