Sempena musim perayaan aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi pasti kita akan mendengar pelbagai kisah kemalangan yang berlaku. Di sini saya menyediakan langkah pengurusan jika berlaku kejadian sedemikian.
1.Beri amaran kepada lalulintas
-Letakkan tanda amaran tigasegi ‘red warning triangle’ 90 meter dari tempat kejadian
-beri amaran kepada kereta yang lalu lalang
2.Hubungi pihak polis,ambulans,atau jabatan pertahanan awam
-Nyatakan tempat kejadian dan jumlah mangsa
-Beritahu berapa yang tercedera
3.Tindakan yang patut di ambil
-Matikan enjin kereta untuk mengelakkan terjadinya letupan.(jika kereta tersebut terbakar,
jarakkan diri)
-Tarik brek tangan kereta
-Jangan merokok di tempat kemalangan. Dikhuatiri terdapat kebocoran tangki minyak
-Periksa mangsa kalau sedar,tenangkan mangsa kalau sedar
-Buat penilaian segera ke atas mangsa
-Rawatlah mangsa dalam kedudukan yang anda temui mereka
-Tunggu sehingga bantuan sampai
-Hubungi talian kecemasan 999
*Jangan alihkan mangsa kecuali betul-betul perlu. Dikhuatiri mangsa mengalami konkusi (gegaran). Perbuatan mengalihkan mangsa boleh menambahkan risiko kecederaan mangsa.