LAMANKU

Isnin, 28 Jun 2010

BERMULANYA DISINI


ASAL-USUL TERENGGANU

Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu telah dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal, nama Terengganu ini dikaitkan dengan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu"dikaitkan dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu, mereka telah melihat pelangi dilangit lalu mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka memberitahu di negeri jiran sungguh "terang ganunya".
"Taring anu"pula dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.
Sebuah kisah lagi dikaitkan dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di situ. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana, mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". hal ini demikian, lama kelamaan muncullah Terengganu.




JALINAN PERDAGANGAN

Di pesisiran Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai
Kampung Cina
(China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.

Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal,
Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 telah mencatatkan bahawa kaum Cina pada zaman tersebut telah berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu
.

Kuala Terengganu adalah satu bandar raya
perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan bahawa Kuala Terengganu pernah mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa dengan
China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua-dua negara. Bagaimanapun, selepas
Empayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan utama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.




pemandangan kg. cina.


BERMULANYA ISLAM DI TERENGGANU

Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.Dengan itu bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembagan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.Dalam pada itu terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( dikenali sebagai Tuk Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah, disekitar tahun 1690 Abdul Malik pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.Gambar di bawah adalah bukti kedatangan islam di terengganu.

Batu Bersurat

Batu Bersurat

Batu ini Di jumpai di Kampung Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan di atas duit timah(pitis) pula yng bertarikh 1310H(1891) menunjukkan ejaan "Terjanu". Maka antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis "TERIANGGANO". Bliakah pula Terengganu di gelar 'darul iman"?. Ianya tidak dapat di tentukan dengan sah,tetapi semasa pemerintahan Almarhum Sultan Umar ada mengatakan gelarannya "Darus-Salam".

KESULTANAN TERENGGANU

Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji,Tun Zainal Abidin telah di tabalkan sebagai sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk @ Raja Tua atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan atas tahta kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang,Raja Pattani.

Pada tahun 1911,Sultan Zainal Abidin 3 meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang antara lain menyatakan sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu.

Tengku Seri Paduka Raja,Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Desember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Baginda di lantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke 6 dari 21 september 1965 hingga 20 september 1970. Semasa baginda menjadi Yang diPertuan Agong Tengku Mahmud telah dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu.

1708 - 1733: Tun Zainal Abidin
1733 - 1794: Sultan Mansur
I1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II
1808 - 1830: Sultan Ahmad
1830: Sultan Abdul Rahman
1830 - 1831: Sultan Daud
1831 - 1837: Sultan Mansur II
1837 - 1839: Sultan Muhammad
1839 - 1876: Baginda Omar
1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II
1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;
1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II
1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
1942 - 1945: Tengku Ali
1945 - 1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah
1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
1998 - kini: Sultan Mizan Zainal Abidin





MENTERI-MENTERI BESAR TERENGGANU


April 1925-Jun 1940: Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin Yusof
Jun 1940-Mei 1942 :Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman
Mei 1942-Disember 1945: Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud
Disember 1945-Disember 1949: Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad bin al-Marhum Sultan Ahmad
Disember 1949-Jun 1959: Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris
Jun 1959 November-1961: Mohd Daud bin Abdul Samad
November 1961-September 1970: Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad
September 1970-September 1971: Dato' Mahmood bin Sulaiman
September 1971-Ogos 1974: Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman
September 1974-Disember 1999: Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahma
Disember 1999-Mac 2004: Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Mac 2004-Mac 2008: Dato Seri Idris Jusoh
Mac 2008-Kini: Datuk Ahmad Said

BARU TAHU.....




Kedudukan Geografi dan Penduduk Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25’ dengan 103.50’ dan garisan lintang 4 hingga 5.50’. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari Besut ke Kemaman. Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu iaiKuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah ini telah di kurangkan kepada enamdaerah pula iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu danBesut. Pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di Negeri Terengganu.Setiapdaerah ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan setiap daerah adalah :
Kuala Terengganu : 60,654.3 hektar
Kemaman : 253,559.9 hektar
Dungun : 273,503.1 hektar
Marang : 66,654.3 hektar
Hulu Terengganu : 387,463.6 hektar
Setiu : 130,436.3 hektar
Besut : 123,367.8 hektar.

Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang dan jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Pada tahun 1998 pula penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah kaum Melayu dan selebihnya terdiri daripada kaum Cina dan India.Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu.Kegiatan utama ekonomi negeri Terengganu ialah perikanan dan petroleum. Hal ini demikian akan menguatkan lagi ekonomi negeri Terengganu.





Peta negeri Terengganu.

GANUKU KINI

Negeri Terengganu sebuah negeri yang bertuah dan rakyatnya juga bertuah kerana tanah yang bernama Terengganu ini kaya dengan pelbagai khazanah yang masih terpelihara sehingga kini. Tempat yang mengandungi alam semulajadi yang indah ini telah di bangunkan menjadi kawasan pelancongan supaya masyarakat dari seluruh dunia dapat menikmati dan merasai keindahannya.Dengan kebijaksanaan dan kepakaran rakyat negeri ini tempat yang dulunya sepi tanpa siapa mengetahui isi di dalamnya kini telah di bangunkan untuk pengunjung yang ingin meneroka serta mengkaji isi di dalam tempat tersebut.Pembangunan yang pesat serta masih mengekalkan keindahan alam semulajadi menjadikan Terengganu sebuah negiri yang menarik untuk di lawati kerana setiap yang berkunjung di sini pasti inginkan ketenangan setelah penat berkerja selama berbulan - bulan, ada juga pelancong yang datang sekadar untuk mencari ilham bagi menyiapkan sesuatu kerja, tidak lupa juga ada yang datang untuk mencari kepuasan seperti menjelajah, meneroka dan mengkaji ke agungan ciptaan ilahi ini.Hal ini demikian, membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini dan juga menjadi sumbar pendapatan kepada masyarakatnya. Hal ini demikian kerana setiap tempat yang dibangunkan memerlukan pekerja untuk menguruskannya serta para penjaja boleh menjaja barangan mereka kepada pengunjung untuk di jadikan cenderamata.