LAMANKU

Isnin, 28 Jun 2010

BERMULANYA DISINI


ASAL-USUL TERENGGANU

Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu telah dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal, nama Terengganu ini dikaitkan dengan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu"dikaitkan dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu, mereka telah melihat pelangi dilangit lalu mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka memberitahu di negeri jiran sungguh "terang ganunya".
"Taring anu"pula dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.
Sebuah kisah lagi dikaitkan dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di situ. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana, mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". hal ini demikian, lama kelamaan muncullah Terengganu.




JALINAN PERDAGANGAN

Di pesisiran Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai
Kampung Cina
(China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.

Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal,
Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 telah mencatatkan bahawa kaum Cina pada zaman tersebut telah berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu
.

Kuala Terengganu adalah satu bandar raya
perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan bahawa Kuala Terengganu pernah mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa dengan
China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua-dua negara. Bagaimanapun, selepas
Empayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan utama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.




pemandangan kg. cina.