Pada tanggal 23 hingga 26 julai 2010 kerajaan negeri Terengganu telah menganjurkan satu festival antarabangsa di bawah kelolaan Lembaga Muzium Terengganu iaitu FESTIVAL GAMELAN SEDUNIA yang berlangsung di Dataran Shahbandar.
Festival ini adalah kali ke2 di anjurkan oleh kerajaan Negeri Terengganu. Festival ini di adakan bertujuan menyapaikan maklumat dan juga hiburan yang bermutu tinggi kepada masyarakat setempat dan luar mengenai keindahan serta keasyikan gamelan.
Para pengunjung yang datang berpeluang menyaksikan persembahan gamelan dari negara luar seperti Indonesia, Jepun dan United Kingdom.
Kira-kira 15 kumpulan tempatan dan luar negeri akan menyertai pertandingan tersebut.
Antaranya ialah Kumpulan Gamelan Bali, Eropah, Jepun, Kumpulan Cak Lempong Bukit Tinggi, Akademi Seni Negeri Terengganu, Kumpulan Warisan Terengganu, Istana Budaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak.

Selain itu, satu bengkel telah di adakan selama 2 hari. Bengkel ini mengfokuskankepada pengenalan permainan alatan muzik gamelan Melayu, Bali dan juga Jawa.“Tiga orang pakar muzik gamelan akan dijemput khas bagi mengendalikan bengkel ini.