SEKAPUR SIRIH,SEULAS PINANG

Negeri Terengganu sebuah negeri yang indah serta mempunyai pelbagai khazanah yang terdapat di dalamnya. Walaupun pada zahirnya kita lihat Terengganu sebuah negeri yang biasa serta tidak mempunyai kelebihan tetapi apabila saya mengkaji dan mencari ternyata Terengganu sebuah negeri yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Setelah saya bertungkus lumus mencari bahan untuk menyiapkan laman blog ini ternyata semakin banyak yang saya cari semakin banyak kelebihan yang terdapat di dalamnya yang tidak sama di negeri –negeri lain.

Dahulunya apabila orang bertanya saya apa yang terdapat di Terengganu saya hanya memberitahu mereka Terengganu mempunyai pulau-pulau,bukit Puteri,Pasar Payang dan Pantai Batu Buruk sahaja tetapi setelah mendalami negeri ini baru saya tahu masih banyak lagi tempat-tempat yang menarik sama ada yang terkenal atau tidak untuk di beritahu kepada sesiapa sahaja yang bertanya.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pemimpin Terengganu kerana menganjurkan pertandingan ini, tanpa pertandingan ini saya rasa masih banyak lagi tempat yang belum saya ketahui. Saya juga bangga menjadi anak jati Terengganu yang tahu pasal kehebatan Terengganu.

SELAMAT MELAYARI LAMAN INI……….

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

DAULAT TUANKU

ALUNAN INDAH

Berjuta lagu yang didendangkan,
Berbagai rentak dicipta,
Berbagai gerak tari dicipta,
Berbagai bahasa dicipta,
Tapi……..,

Dalam semua itu terdapat satu,
lagu yang tidak dicipta,
tetapi alunannya sungguh indah,
menyetuh jiwa,
mendamaikan jiwa,
menenamkan fikiran,

Alunan ini dihasilkan,
Oleh alam yang permai,
Alam yang penuh warnanya,
Alam yang pelbagai corak.
Alangkah indahnya irama ini.

PERMAINAN TRADISIONAL


Batu seremban


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Pada zaman dahulu permainan ini adalah permainan golongan bangsawan. Tetapi kini permainan ini kini telah di mainkan oleh semua golongan dan pelbangai bangsa di Malaysia.

Guli, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.







Permainan wau

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau,ianya juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

CaraBermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, pada hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa telah diadakan bagi mengekalkan tradisi ini daripada luput di telan zaman.









Teng-teng (ketinting)/game papan

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.



Gelanggang&gundu
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti di bawah.

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina Rumah
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan.

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.


Sepak raga

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

 


Konda kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.

Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.



Jala itik

Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.

Cara Bermain
Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.

Menentukan Pemain
Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing.

Pertukaran Pemain
Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling ramai.

Menentukan Pemenang
Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain membantu, seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.

 


Permainan Guli

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.






Gasing


Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Gasing Uri
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah
Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

 






Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah.

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.





congkak


Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Papan Congkak
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Cara Bermain
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulaka dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


 
Sepak Bulu ayam

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.

Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.

Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.

Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.



Aci sorok/Tah Nusuk

Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.

Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas dan sesuai untuk menyorok, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.

Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain apabila pemain tinggal dua orang, pencari akan di tentukan dengan osom.

Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula.

Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui.

Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.

Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya.



Polis Entri/ Polis Sentri
Permainan polis entri adalah permainan kanak-kanak pada zaman dahulu.Permainan ini akan di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan polis dan kumpulan pencuri.Permainan ini menguji kepantasan dan kebijaksanaan pemain dalam menangkap pencuri.
 
undian&cara bermain
Pemain akan di tentukan dengan mengundi, seorang pemain akan menyanyikan satu lagu dan jarinya akan bergerak menunjukkan kepada pemain, lagunya adalah;
polis entri one to jaga,
polis mati pencuri jaga,
one tali one polis kepten.
setelah lagu habis di nyanyikan dan jari pun akan berhenti maka orang itu akan menjadi polis. Selepas itu lagu akan dinyanyikan semula dan jari yang berhenti setelah lagu tamat maka orang itu akan menjadi pencuri pula. lagu ini akan di ulang-ulang sehingga semua pemain mendapat kumpulan masing-masing.

Cara permainannya adalah mudah sahaja, pencuri akan melrikan diri dahulu semasa polis mengira sampai10, selesai mengira polis akan mengejar pencuri,jika berjaya di tangkap dengan menepuk bahu sebanyak 3 kali,pencuri akan di bawa ke tempat yang di panggil penjara. pencuri akan menunggu rakan mereka untuk menyelamatkannya dengan mencuit tangan. Permainan dikira tamat apabila semua pencuri berjaya di tangkap. jika permainan di teruskan kumpulan yang menjadi polis akan menjadi pencuri pula, begitu juga dengan pencuri akan menjadi polis.

-JENTIK TUDUNG BOTOL
-TAH DUDUK
-PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU

 
HAH...... NI BARU SIKIT, ADA LAGI
NAK TAHU LAGI!!!!!
TUNGGU APA LAGI
MARILAH GANU....

ZOOM IN MALAYSIA

ZOOM IN MALAYSIA

TRULY ASIA

TRULY ASIA

GANUKU HEBAT

1 MALAYSIA

1 MALAYSIA

TAMAN TAMADUN ISLAM

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman yang mengandungi pelbagai artifak masjid yang terkenal dari seluruh negara. Taman ini terletak di Pulau Wan Man, sebuah kawasan yang dahulunya hanya di huni semak samun sahaja tapi kini telah di bangunkan menjadi taman warisan islam.

Pengunjung yang berkunjung ke sini boleh melihat pelbagai monumen masjid yang begitu indah dan halus buatannya sehingga menyerupai masjid yang sebenar.

Selain itu juga pengunjung boleh menyusuri sungai Terengganu dan melihat panorama alam yang mengasyikan serta keindahan Taman Tamadun Islam dari dalam bot pelancong.

pintu gerbang Taman Tamadun Islam

Dewan Konvensyen

JETI TAMAN TAMADUN ISLAM

TERINGAT

Setiap kali aku ingin melelapkan mataku,
Saat itu jua ingatan ku padamu,
Menjelma menggangguku,
Semakin kuat aku ingin melupakanmu,
Semakin hebat ingatan mu menjelma,
Sehingga terkadang membuat,
Aku berfikir sedalam-dalamnya,
Aku jua turut bertanya hatiku,
Adakah aku sudah jatuh hati,
Pada insan yang bernama,
Raja Nurulfarahwahidaaaaaaaa,

Aku masih keliru,
Aku masih keliru,
Berilah aku petunjukmu ya Allah.

INFO 1

KEROPOK LEKOR

Makanan yang terkenal di Terengganu adalah keropok lekor. Setiap daerah di sini ada menjual keropok lekor. Keropok lekor ini dihasilkan daripada isi ikan yang segar yang di campurkan dengan sagu dan di gaul sebati. Setelah siap di gaul ia akan diuli sehingga menjadi panjang dan di rebus atau di goreng terus. Keropok lekor boleh dimakan begitu sahaja atau goreng. Keropok lekor di makan dengan sos pencicah yang di buat sendiri.

Pengunjung yang datang ke Terengganu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasa keenakannya dan membeli keropok lekor untuk di bawa balik sebagai cenderamata kepada keluarga di kampung untuk sama-sama merasa keenakannya.

INFO 2

Setiap manusia pasti mempunyai kenanganmereka tersendiri, sama ada manis,pahit atau sedih. Pengalaman akan datang dalam minda kita apabila kita bersendirian. Ianya datang seperti gulungan filem yang di siarkan di pawagam dan kita menjadi penontonya. Kenangan yang manis akan membuatkan kita tersenyum sendirian tetapi kenangan yang sedih kadang-kadang membuat kita mengalirkan air mata.

Bagi menjadikan kenangan kita sesuatu yang ajaib dan istimewa, kitalah yang menjadi pengarahnya oleh itu arahlah setiap perjalanan hidup anda dengan sebaiknya.

INFO 3

CINTA

Pepatah ada mengatakan cinta itu buta, cinta mengatasi segalanya, perhubungan yang kekal lahir dari cinta yang suci, dan banyak lagi pepatah yang dikaitkan dengan cinta. Adakah semua pepatah ini benar atau tidak.

Dalam konteks cinta yang sebenarnya adalah suatu perasaan yang sangat halus sehingga sukar untuk di ungkap dengan kata-kata. Apabila seseorang telah dilamun cinta,hatinya akan berasa berdebar-debar apabila bertemu dan sangat sukar untuk mengungkap kata cinta. Setelah lafaz cinta di ungkap perasaan berdebar akan hilang dan akan bermulah episod cinta yang tidak diketahui perjalanannya sama ada berakhir ke jinjang pelamin atau putus di tengah jalan.

Cinta yang hadir dalam diri seseorang akan membuatkan perhubungan seseorang menjadi bertambah erat. Pada zaman yang serba maju ini cinta banyak menjerat kaum hawa yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan belaian daripada lelaki sehingga sanggup mengadaikan maruah sendiri. Hal ini demikian menyebabkan meningkatnya kejadian membuang bayi. Hal ini amat membimbangkan masyarakat pada masa kini.

Cinta yang suci dan ikhlas akan di akhiri dengan perkahwinan dan akan melahirkan zuriat yang sihat dan meningkatkan kasih sayang antara pasangan masing-masing serta melahirkan keluarga yang harmoni.

INFO 4

SEKOLAH

Setiap manusia pada zaman ini menghabiskan separuh hidup mereka di sekolah. Sekolah adalah tempat menyatukan masyarakat. Selain tempat menimba ilmu sekolah juga diibaratkan rumah no. 2 kerana disitu mereka akan menghabiskan separuh masa mereka dalam sehari. Guru-guru yang mengajar di ibaratkan ibu bapa ke 2pelajar, hal ini demikian kerana selain mengajar guru juga menjadi pendidik akhlak dan menjadi contoh kepada pelajar mereka.

Boleh dikatakan separuh kenangan kita adalah di sekolah bermula dari tadika hingga sekolah menengah dan disitu juga kita mengenal erti persahabatan yang sebenar.

INFO 5

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Malaysia sebuah Negara yang amat bertuah kerana mempunyai masyarakatnya yang berbilang kaum seperti melayu, cina, india, dan lain-lain yang hidup harmoni tanpa berlaku pertelagahan. Selain itu juga, masing-masing dapat menikmati pelbagai perayaan bersama apabila tiba musim perayaan masing-masing.

Selain itu juga, dalam penghasilan makanan juga tidak terkecuali kerana masing-masing dapat merasai masakan kaum yang lain malah ada yang turut menguasai masakan tersebut. Dalam kebudayaan pula kita dapat mengabungkan tarian setiap kaum dan menghasilkan satu gerak tari yang begitu mengasyikan untuk tontonan masyarakat luar bagi membuktikan semangat 1Malaysia Berjaya.

INFO 6

BADAN SIHAT HIDUP CERIA

Setaip insan di muka bumi ini pasti tidak mahu jatuh sakit. Apbila kita sakit semua nikmat yang selama ini kita nikmati akan hilang. Oleh itu kita hendaklah menjaga kesihatan kita bermula dari makanan hingga tubuh badan. Dari makanan kita hendaklah jaga dengan betul bermula dari menyiapkan bahan hingga ke penghidangan kerana makanan yang tercermar akan membuat kita terkena keracunan makanan. Dari badan pula kita hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya 2kali seminggu atau kita boleh melakukan setiap hari dengan berjalan kaki apabila hendak kemana sahaja.

Pasti amalan ini akan menjadikanhidup kita lebih sihat dan ceria tanpa penyakit.

INFO 7

Jadilah seperti kertas walapun zahirnya tidak berguna tetapi hanya setitik dakwat dia atasnya ia menjadi amat berguna

Maksudnya
Walapun pada luarannya kita Nampak tidak berguna, jika kita membuat sedikit bakti kita akan di kenanang sampai bila-bila
Daripada; pena berdakwat

CARDIO PULMONARY RESUSCITION(CPR)

Cpr adalah bantuan awalan yang diberikan kepada mangsa yang menghadapi masalah terhenti pernafasan sebelum bantuan tiba dengan member i tekanan di atas dada dan bantuan hembusan pernafasan.

PROTOKOL CPR
D.R.A.B.C

1.DANGER (Bahaya)
-Penyelamat
-Mangsa
-Persekitaran

2.RESPOND
-Tepuk bahu mangsa bagi mengenal pasti tahap kesedaran mangsa
-Aktifkan EMS(Emergency Medical Servis)
*hospital,bomba,dll

3.AIRWAY
-Head Tilt Chin Lift
*angkat dagu dan dongakkan kepala
-Melihat
*pergerakan turun naik dada
-Mendengar
*dengusan dan dengkuran mangsa
-Merasa
*haba hembusan dari mulut

4.BREATHING
-Jika tidak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan yang efektif
-2 hembusan adalah 2 saat

5.CIRCULATION
-Periksa nadi mangsa untuk denyutan jantung
-jika tidak ada nadi,berikan 30 tekanan di atas dada dan 2 hembusan sebanyak 5 kitaran, 1 pusingan

6.RECOVERY POSITION(Posisi Pemulihan)
-Jika mangsa telah sedar atau menunjukkan tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan mansa ke posisi pemulihan.

*tangan kiri di letakan di bawah dagu tangan kananke atas, angkat kaki kiri dan tarik mangsa ke sebelah kanan.

KADAR TEKANAN DADA

-Dewasa
*Hembusan =2
*Bil.tekanan=30
*Tekanan sedalam=1.5-2
*Bil.kitaran=5

-Kanak-kanak
*Hembusan=2
*Bil.tekanan=30
*Tekanan sedalam=1-1.5
*Bil.kitaran=5

-Bayi
*Hembusan=2
*Bil.tekanan=30
*Tekanan sedalam=0.5-1
*Bil.kitaran=5

BACAAN NORMAL MANUSIA

-Dewasa
*Denyutan nadi=60-100/min
*Kadar pernafasan=12-20/min
*Saturasi oksigen normal=95-100%

-Kanak-kanak
*Denyutan nadi=100-120/min
*Kadar pernafasan=20-40/min
*saturasi oksigen normal=95-100%

-Bayi
*Denyutan nadi=120-140/min
*Kadar pernafasan=20-40/min

CPR BAYI

1.DANGER
-Penyelamat
-Mangsa
-Persekitaran

2.RESPOND
-Menggeletek telapak kaki
-Jika ada penyelamat kedua,aktifkan EMS (Emergency Medical Sevis)
*hospital, bomb, dll.*
-Jika tiada,mulakan satu pusingan sebanyak 5 kitaran, selepas itu aktifkan EMS

3.AIRWAY
-Baringkan bayi secara terlentang di atas permukaan yang keras
-Ampu kepala dan tengkuk jika perlu dipusingkan (sandwich method)
-Buka saluran pernafasan
*teknik dongak kepala-angkat dagu
*Jangan dongak terlalu jauh kerana bimbang kecederaan tulang leher terjadi

4.BREATHING
-Tentukan pernafasan
*Melihat-pergerakan turun naik dada
*Mendengar-pergerakan nafas
*Merasa-hembusan nafas pada pipi
-Jika bernafas
*Posisi pemulihan kalau tiada kecederaan lain
*Periksa 5-6 saat setiap hembusan selama seminit
-Tidak bernafas
*2 pernafasan bantuan secara perlahan-lahan
*Pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka
*Berikan pernafasan mulut ke mulut dan hidung bayi
‘mulut anda menutup mulut dan hidung bayi’
*Perhatikan pergerakan dada
*Setiap hembusan 1-1 1/2 saat

5.TEKANAN DADA
-Bayi mestilah dalam keadaan terlentang di atas permukaan keras
-Bayangkan satu garisan antara kedua puting susu bayi dengan jari telunjuk anda
-Letakkan jari tengah dan jari manis disebelah jari telunjuk
-Gunakan kedua-dua jari tersebut untuk menekan tulang sternum pada garisan tadi

TERKENANG

Saatku bersendirian di anjung,
Sambil menatap potret silam,
Air mataku jatuh menimpa bumi,
Yang menjadi saksi alam,
Yang menyatakan betapa aku,
Amat merindui kenangan silamku,
Aku rindukan teman sepermainanku,
Rindukan cerita silamku,
Rindukan permainan silamku,
Rindukan hilai tawa rakan-rakan,

Semua itu membuat aku tertanya,
Kenapa masa berlalu begitu pantas,
Membuat kami semua terpisah,
Jika bertemu sekalipun tidak sama lagi,
Semu telah berubah,
Ingin aku kembali ke zaman silamku,
Jika ada kapal silam.

KESEKATAN SALURAN PERNAFASAN (Tercekik)

-Satu kesekatan yang berlaku di saluran pernafasan disebabkan oleh sesuatu objek yang nengakibatkan tiada aliran keluar masuk udara ke paru-paru.

TANDA-TANDA TERCEKIK
-Sukar bernafas
-Sukar atau tidak boleh bercakap
-Batuk
-Muka dan leher menjadi merah/pucat
-Mangsa mengeluarkan bunyi aneh atau menjadi senyap

SEBAB-SEBAB TERCEKIK

1.Ketulan makanan yang besar tidak dikunyah dengan betul
2.Gigi palsu
3.Bermain ketika makanan
4.Bayi menangis tanpa henti
5.Bercakap ketika makan

TEKNIK-TEKNIK TERCEKIK

1.Sedar(dewasa & kanak-kanak)-ABDOMINAL THRUST
2.Tidak sedar-CPR
3.Wanita mengandung/berbadan besar-CHEST THRUST
4.Bayi-BACK SLAPS & CHEST THRUST
ABDOMINAL THRUST
*Berdiri di belakang mangsa
*Genggam tangan atau kiri anda
*Tempatkan ditengah-tengah abdomen(2 inci di atas pusat)
*Kunci kedua-dua tangan anda
*Tarik genggaman tangan anda ‘Ke dalam dan Ke Atas’
*Lakukan sehingga benda asing tersebut keluar

CPR
*Lakukan mengikut protokoL
‘D.R.A.B.C’

CHEST THRUST
*Berdiri di belakang mangsa
*Genggam tangan kiri atau kanan anda
*Tempatkan ditengah-tengah dada berhampiran tulang sternum mangsa
*kunci kedua-dua tangan
*Tarik genggaman tangan anda ‘Kedalam dan Ke Atas’
*Lakukan sehingga benda asing tersebut keluar

BACK SLAPS & CHEST THRUST
*Pegang bayi dengan stabil dan kukuh
*Berikan 5 tepukan di tengah-tengah tulang belikat (shoulder blade)
*Pusingkan bayi, periksa mulutnya sekiranya benda asing tersebut dapat di keluarkan jika tidak:
#Tempatkan 2 jari anda ditengah-tengah dada bayi
#Kedudukan jari telunjuk hendaklah sebaris dengan putting susu bayi
#Berikan 5 tekanan dada (1/2-1 inci)

TIPS SEMASA BANJIR

1.Sebelum banjir
-Dapatkan maklumat banjir di tempat anda
-Pastikan sistam amaran banjir yang ada berfungsi
-Periksa saluran longkang supaya tidak tersekat
-Periksa saluran najis dan pastikan ia tertutup rapat
-Dapatkan maklumat pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana

2.Apabila banjir akan berlaku
-Buka radio untuk pengumuman tentang bencana
-Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah
-Letakkan peralatan elektrik di tempat tinggi
-Letakkn dokumen penting dalam bekas kalis air dan bersedia untuk di bawa
-Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas

3.Semasa banjir
-Dengar pengumuman radio
-Bersedia dengan peralatan kecemasan
-Jika diarahkan pihak berkuasa keluar dan berpindah. Segera lakukan

4.Di luar rumah
-Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat jauh dari dari kawasan lapang,sungai,dan longkang
-Jangan bersiar-siar di kawasan banjir,berjalan,atau dengan sampan
-Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh
-Awasi kanka-kanak dari bermain di kawasan banjir,sungai,longkang,dan lombong
-Jangan minum air banjir

5.Di dalam kenderaan
-Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik
-Jika kenderaan anda terhenti dan gagal dihidupka,keluar,kunci, danpergi ke tempat yang selamat

6.Semasa pemindahan
-Berpidah segera apabila diarahkan
-Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang hari, ianya lebih mudah dan selamat
-Ikut laluan yang di tentukan,laluan singkat,mungkin terhalang atau berbahaya

7.Semasa banjir
-Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa ,jangan kembali ke rumah sebelum di benarkan
-Beri bantuan kepada jiran anda atau golongan kurang upaya dan istimewa
-Periksa rumah anda,lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan,ianya mungkin berbahaya
-Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati terhadap bahaya-bahaya yang tersembunyi

HARI NAN INDAH

Sang mentari bangit dengan angkuhnya,
Dari celah bukit-bukau,
Dagi menyinari alam nan aman ini,

Sang jantan berdiri angkuh,
Sambil mendabik dada untuk berkokok,
Menyatakan hari sudah pagi,
Juga mengejutkan isinya dari tidur,

Sang burung terbang riang,
Mencari makanan untuk seisi keluarganya,
Sambil bermain di langit yang indah,

Sang pokok melambai-lambai,
Tangannya kepada penghuni alam,
Walaupun kesejukan di selimuti embun pagi,
Tetap ceria melambai-lambai,

Aduh indahnya pagi ini,
Seisi alamnya riang,
Menikmati keindahan alam ini.

BAYU PANTAI TIMUR

Angin meniup lembut,
Menampar badanku,
Ombak memutih,
Mengaru kakiku,
Burung camar berterbangan,
Mencari mangsa nan timbul di lautan,

Kanak-kanak riang bermain ombak,
Riang tawa bermain air,
Sang ayah memerhati sang anak,
Yang leka bermain sambil tersenyum,

Kaki pancing leka memerhati,
Jika joran di sambar sang ikan,
Angin dan ombak yang bermain di pantai,
Tidak dihirau sang pemancing,
Hanya memikirkan umpan di disambar,

Aduhai indahnya bayu pantai timur,
Pasti akan ku kunjungi lagi,
Untuk merasai bayumu.

RAWATAN MANGSA KEBAKARAN DAN MELECUR

1.Kelecuran ringan

. Tanda-tanda kelecuran ringan
-Kulit yang kemerah-merahan
-Sakit pada kawasanb yang terbakar
-Lecur pada kulit yang terjejas

. Rawatan
-Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir, rendamkan dalam takungan air atau balut dengan kain yang basah selama 5 minit sehingga hilang sakit
-Tanggalkan cicin,jam tangan, atau barang kemas yang di pakai [ada tempat cedera
-Jangan pecahkan gelembung atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang tercedera
-Balut dengan kain bersih
1.Kelecuran ringan

. Tanda-tanda kelecuran ringan
-Kulit yang kemerah-merahan
-Sakit pada kawasanb yang terbakar
-Lecur pada kulit yang terjejas

. Rawatan
-Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir, rendamkan dalam takungan air atau balut dengan kain yang basah selama 5 minit sehingga hilang sakit
-Tanggalkan cicin,jam tangan, atau barang kemas yang di pakai [ada tempat cedera
-Jangan pecahkan gelembung atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang tercedera
-Balut dengan kain bersih
3.Melecur akibat bahan kimia

. Tanda-tanda
-Kesan-kesan kimia di kawasan persekitaran
-kesakitan yang kuat dan menyengat
-kawasankulit yang terjejas berubah warna, melecur, mengelupas, dan bengkak

.Rawatan
-Segerakan aliran air di tempat yang tercedera selama 20 minit. Elakkan diri dan mangsa dari terkena air yang bertakung
-Tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan bahan kimia
-Balut kecederaan dengan kain bersih
-Dapatkan rawatan lanjut dengan segera
-Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda

* Jangan sapukan losyen, minyak urut, ubat gigi, atau sebagainya pada bahagian yan melecur

LUAHAN HATIKU

Malam yang sunyi ,
Di bawah sinaran sang bulan,
Di temani bunyi cengkerik malam,
Menjadi teman setia alam yang aman ini,

Pohon kelapa teguh berdiri,
Dedaun melambai-lambai,
Mengikut gerak angin malam,
Yang sejuk hingga ke tulang hitam,

Di bawah pohon yang rendang,
Aku berada di bawahnya,
Menanti seorang yang sangat istimewa,
Untuk aku luahkan cintaku padanya,

Sayang aku cinta padamu,
Dikau segalanya untukku,
Tanpamu aku lemah,
Aku sayang kamu ain.

LEMAS

. Tanda-tanda mangsa lemas
-Mangsa tidak berupaya untuk berenang. Sama ada mengalami kekejangan atau tidak tahu berenang
-Mangsa kelihatan tercungap-cungap akibat suhu air yang sejuk
-Mangsa kelihatan meronta-ronta dalam air
-Mangsa kelihatan tengelam-timbul
-Dibawa putaran arus
-Mangsa tenggelam lebih dari 1 minit
. Tindakan yang harus di ambil

-Jangan letakkan diri anda dalam situasi bahaya. Jangan jadi mangsa kedua kecuali anda betul-betul tahu dan terlatih
-Kalau boleh, elakkan diri anda masuk ke dalam air. Sebaliknya dapatkan objek panjang supaya mangsa dapat dinaikkan ke darat
-Jika anda seorang penyelamat terlatih,atau mangsa tidak sedarkan diri, anda perlu mengharung ke dalam air atau berenang kea rah mangsa
-Jika anda menyelamat mangsa dari dalam air, kekalkan kepalanya ke bawah bagi mengurangkan mangsa menelan air
-Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di atas kain tebal
-Buka salur udara dan periksa pernafasan, bersedia member bantuan pernafasan. Kalau perlu lakukan CPR.(tidak perlu keluarkan air yang tertelan mangsa,sebaliknya lakukan CPR kalau perlu)
-Selimutkan mangsa apabila sampai di darat untuk mengelakkan mangsa dari terdedah kepada angin
-Buat persediaan untuk menghantar mangsa ke hospital

TEKNIK MEMINDAHKAN MANGSA TANPA USUNGAN

1.Mangsa boleh berjalan dengan bantuan (cara menongkat atau gaya memapah)

-Cara iini di gunakan untuk membawa mangsa yang masih sedar dan boleh berjalan dengan sedikit bantuan
-Pegang erat pinggang mangsa dan gunakan dahu anda untuk menongkat tangannya, sementara dia meletakkan berat badannya pada badan anda
2.Mangsa yang ringan

*Pikul cara ahli bomba
-Cara ini amat sesuai bagi mangsa yang berbadan ringan, sama ada mangsa sedar atau tidak
-Tunduk dan letakkan mangsa melintang di atas bahu anda dan angkat. Peluk sebelah kaki dan pegang tangan mangsa

*Membonceng
-Jika mangsa sedar, ringan dan bertenaga, ini merupakan teknik yang sesuai
-Kepit kedau-dua kaki mangsa sementara kedua-dua tangan mangsa memeluk longgar leher anda

*Buaian atau dukungan kasih
-Digunakan untuk mangsa kanak-kanak dan ringan
-Letakkan tangan anda di bawah pelipat lutu dan bahunya

ERTI SEBENAR

Saatku terpandang wajahmu,
Hatiku berdebar-debar,
Lidah menjadi kelu,
Tutur menjadi kelu,
Mata terpaku melihat,
Diri terasa di awangan,
Apakah semua rasa itu,
Mengapa aku begini,
Oh tuhan aku tidak mengerti,
Berilah aku petunjukmu,
Agar aku mengerti apa rasa ini.

BANTUAN KECEMASAN

1.Merawat luka dan berdarah

. Rawatan luka kecil
-Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih
-Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air sabun atau antiseptic
-Balut dengan kain bersih atau pembalut
.Mengawal pendarahan
-Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan(tekanan tepat)
-Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih
-Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca, atau pisau, jangan tekan pada luka
-Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut
-Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebih paras jantung untuk kurangkan tekanan
-Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut

2.Pendarahan hidung

Pendarahan dari hidung biasanya berlaku apabila saluran darah yang halus di dalam hidung tercedera(pecah), hal ini disebabkan oleh tamparan pada hidung, bersin,mengorek hidung, tekanan darah tinggi.

*pendarahan hidung boleh membahayakan jika mangsa kehilangan darah yang banyak. Jika pendarahan diikuti oleh kecederaan kepala, darah akan kelihatan nipis dan cair. Ini menunjukkan tanda yang sangat serius di mana terdapat keretakan pada tengkorak dan kebocoran cecair di sekeliling otak.

.Rawatan hidung berdarah
-Nasihatkan mangsa supaya duduk dan tundukkan kepala supaya darah dapat mengalir dari hidung
-Minta mangsa supaya bernafas menerusi mulutnya dan picit bahagian yang lembut pada hidung
-Beritahu mangsa supaya memicit hidungnya berterusan. Nasihatkan mangsa supaya jangan bercakap, menelan, batuk, meludah, atau menghidu kerana boleh menggangu darah beku yang telah terbentuk dalam hidung
-Berikan mangsa sehelai tuala bersih untuk mengesan lelehan
-Beritahu mangsa supaya melepaskan tekanan selepas 10 minit. Jika pendarahan tidak berhenti, beritahu mangsa untuk menggunakan semula tekanan bagi dua jangka waktu iaitu 10 minit setiap waktu
-Apabila pendarahan berhenti dan mangsa masih tunduk, bersihkan hidungnya dengan air suam
-Nasihatkan mangsa untuk berehat

*jangan biarkan kepala mangsa terkulai ke belakang. Darah mungkin mengalir ke dalam tekak dan mengakibatkan muntah. Jika pendarahan menjadi teruk atau berterusan selama 30 minit, hantar mangsa ke hospital dalam kedudukan rawatan

3.Luka dalam perut

-Luka tikaman, tembaktan atau terhimpit pada perut boleh menyebabkan luka parah

Rawatan

-Gunakan sarung tangan pakai buang kalau ada
-Baringkan mangsa di atas sehelai gebar. Angkat lutu mangsa dan lapik di bawahnya bagi mengurangkan ketegangan pada kecederaan
-Longgarkan sebarang pakaian yang ketat, contohnya tali pinggang atau baju
-Letakkan pembebat ke atasd luka dan letakkan pembebat pada tempatnya dengan pembalut atau pita berpelekat. Jika darah menembusi pembebat, tambahkan selapis lagi
-Hubungi 999 untuk kecemasan

KEPATAHAN

1.Tanda-tanda kepatahan

-kecacatan, bengkak dan lebam pada kawasan tulang yang retak
-Sakit dan kesukaran untuk menggerakkan bahagian tercedera
-Anggota tubuh yang tergeliat, menjadi pendek dan bengkok
-Hujung tulang berkeriut(crepitus) dan bunyi kasar yang boleh dirasa dan dengar,tetapi tidak dapat dicari
-Tanda-tanda renjatan, terutamanya jika keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau pelvis
-Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidak dapat bergerak langsung
-Luka dengan hujung tulang tertonjol
2.Merawat kepatahan

-Berikan rawatan kepada pendarahan terlebih dahulu
-Berikan rawatan di tempat kejadian
-Elakkan pergerakan yang tidak perlu. Jangan gerakkan bahagian yang patah
-Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada
-Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar
-Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, surat khabar, dan sebagainya di atas dan di bawah sendi tulang yang patah
-Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak tercedera
-Dapatkan rawatan lanjut dengan segera

MANGSA PENGSAN

1.Tanda-tanda pengsan
-Hilang daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai
-Denyutan nadi yang perlahan
-Pucat, kulit sejuk, berpeluh
2.merawat mangsa pengsan
-Baringkan mangsa
-Longgarkan pakaian yang ketat
-Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku, dan sebagainya
-Pastikan udara bersih mencukupi
-Periksa lain-lain kecederaan jika ada
-Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih

KENANGAN MALAM

Malam yang sepi,
Disinari cahaya malam,
Bulan mengambang yang indah,
Ditemani pohan dan padang yang luas,

Aku berada jalan keseorangan,
Aku terlihat lembaga di bawah pohon itu,
Aku mendekatinya,
Aku melihat seorang wanita,
Cantik parasnya,
Aku bertanya padanya,
Hanya senyuman manis dijawapnya,

Alangkah manisnya senyum itu,
Aku terus menemaninya di situ,
Sehingga hari menjelang tiba.

PANTAI NAN PERMAI

Angin yang menghembus ,
Dari pantai yang bersih,
Camar berterbangan riang,
Menanti mangsa untuk di sambar,

Pepohon kelapa melambai-lambai,
Kepada setiap yang berkunjung,
Ke pantai nan indah,
Walapun lambaiannya tak disambut,

Kanak-kanak riang berlari di gigi pantai yang landai,
Sang ayah sibuk menyangkut umpan,
Untuk menjerat penghuni laut,
Sang ibu pula sibuk menyiapkan juadah ringan,

Aduh sungguh tenang jiwa ini melihat,
Keindahan alam ini,
Alam ciptaan ilahi.

BANJIR

1.Sebelum banjir

-Dapatkan maklumat banjir di tempat anda
-Pastikan sistem amaran banjir yang ada berfungsi
-Periksa longkang supaya tidak tersekat
-Periksa seluran najis dan pastikan ia tertutup rapat
-Dapatkan maklumat pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana

2.Apabila banjir berlaku

-Buka radio untuk pengumuman tentang bencana
-Bawa masuk perabut atau pekakas di luar rumah
-Letakkan peralatan elektrik di tempat tinggi
-Isikan tong-tong yang elok denga air bersih dan letakkan di tempat yang tinggi
-Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan bersedia untuk di bawa
-Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas

3.Semasa banjir

-Dengar pengumuman radio
-Bersedia dengan peralatan kecemasan
-Jika diarahkan pihak berkuasa keluar dan berpindah. Segera lakukan

4.Di luar rumah

-Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat jauh jauh dari kawasan lapang, sungai dan longkang
-Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, berjalan atau dengan sampan
-Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh
-Awasi kanak-kanak dari bermain di kawasan lombong, banjir, sungai,dan longkang
-Jangan minum air banjir

5.Di dalam kenderaan

-Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik
-Jika kenderaan anda terhenti dan gagal dihidupkan, keluar, kunci dan pergi ke tempat yang selamat

6.Semasa pemindahan

-Berpindah segera apabila di arah
-Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang hari, ianya lebih mudah dan selamat
-Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang atau berbahaya

7.Selepas banjir

-Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
-Beri bantuan kepada jiran anda atau golongan kurang upaya dan istimewa
-Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan, ianya mungkin berbahaya
-Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati terhadap bahaya-bahaya yang tersembunyi

8.Semasa memasuki rumah

-Pakai kasut atau selipar
-Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu, dan tingkap
-Perhatikan siling rumah dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai, dan jatuh
-Periksa tanda-tanda kehadiran binatang berbisa dan berbahaya
-Alihkan halangan yan bersepah dengan kayu

9.Periksa ancaman bahaya

-Periksa paip saluran air atau gas yang mungkin pecah atau bocor
-Periksa wayar dan pekakas elektrtik yang terendam dalam air
-Periksa kehadiran bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk(minyak tanah, petrol, diesel, dan lain-lain)
-Periksa sebarang kerosakan tangki septic untuk elakkan bahaya biological
-Buang bahan-bahan makanan yang terndam atau terkena air banjir termasuklah makanan dalam tin
-Laporkan segera kerosakan kemudahan awam(bekalam air, gas, elektrik) kepada pihak berkuasa