LAMANKU

SUATU KETIKA......

Kegemilangan Terengganu

Pada masa kini jika di tanya apakah peristiwa yang menyebabkan Terengganu menjadi terkenal suatu ketika dahulu, Pasti ramai yang tidak tahu.

Peristiwa yang mengangkat nama Terengganu adalah perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara.Kegemilangannya bermula pada era ke 20.Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kajibumi dari Jepun, Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916 untuk membuat kajian dan mendapati terdapat bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut.

Pada peringkat awal, bijih besi diangkut dengan mengunakan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kg. Dendang. Kemudianbijih besi tersebut akan dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927. Tidak lama kemudian Syarikat Kuhara Mining Ltd telah ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).



SultanTerengganu telah mengeluarakan 'Mining Lease' kepada NMC pada 13.1.1929, di mana Kawasan tersebut seluas 1080 ekar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Terengganu pada masa itu kepada seorang kerabatnya iaitu Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.

tapak memasak bijih besi pada era pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1930, laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah siap di bina di stesen Che Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che Lijah. Dari Che Lijah bijih-bijih besi akan dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun.

Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah dan selesa. Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, keretapi juga disediakan secara percuma.



Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk siap di bina pada tahun 1936. terowong ini dibina secara manual, Perjalanan keretapi melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh hal yang demikian, tempat memunggah bijih telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura.
gambar bukit tebuk dahulu.

gambar bukit tebuk sekarang.

Pada tahun di antara 1936 - 1940 pengeluaran bijih besi oleh NMC telah mencapai kemuncaknya . Selepas itu ia mula menurun dan berakhir pada tahun 1945 kerana Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina, selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Aktiviti perlombongan tidak lagi dijalankan sekitar tahun 1946 - 1949 kerana keadaan darurat dan tiada permintaan.

Kerajaan British telah menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company (EMMCO).Syarikat ini di uruskan oleh Mr. Thomas atau di kenali juga Tuan besi. Beliau tinggal di bukit besi bersama dengan anaknya Mallisa yang juga turut di kenali sebagai puteri bermata biru kerana mempunyai sepasang matang yang berwarna biru. Beluiau tinggal di sebuah rumah di atas bukit yang di kenali sebagai rumah no.1.

Di atas bukit itulah terletaknya rumah tersebut yang kini hanya tinggal kenangan.rumah tersebut kini terletak bersebelahan pejabat KETENGAH.

Pada tahun 1950 EMMCO telah menjalankan kegiatan perlombonga secara besar-besaran, kerana mendapat permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat di Jepun. Bagi memperoleh keuntungan yang besar dalam masa yang singkat, EMMCO telah menggandakan pengeluaran bijih. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat.



Jentera-jentera moden di perkenalkan dalam proses pemecahan batu-batu bijih, kilang tersebut di kenali sebagaikilang melumat batu atau kilang memamah batu. Hal ini demikian,menjadikan pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mendapat keuntungan yang berlipat ganda.
Suatu ketika dahulu kepala keretapi yang berwarna merah inilah yang selalu berulang-alik dari bukit besi ke Sura Gate.




Tinggal kenangan.Tapak sejarah perlombongan bijih besi yang membawa kegemilangannya suatu ketika dahulu.


Diantara tahun 1960 - 1964 telah sampai ke kemuncaknya di mana jumlah pengeluaran bijih besi telah melebihi 2,000,000 tan setahun.


Pada 1 Oktober 1970, Lembaga Pengarah EMMCO telah membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih Besi. Terdapat berbagai faktor yang menyebabkan penutupan ini, walaupun kandungan bijih besi dipercayai masih terdapat dengan banyak lagi. Penutupan lombong bijih besi ini telah mempengaruhi ekonomi dan kehidupan penduduk-penduduk Bukit Besi dan Dungun. Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat-tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan baru dan ada yang masih menetap kerana terdapat khabar akan di buka semula dengan berkerja sebagai buruh di kilang papan.
Kilang papan ini lah yang menjadi punca pendapatan penduduk di sini setelah lombong bijih besi tutup.

Kini,walaupun lombong bijih besi telah di buka semula, ianya tidak sehebat dahulu lagi kerana kegemilangannya telah surut dalam kolam sejarah yang di namakan MEMORI BUKIT BESI.




kawasan perlombongan pada masa kini.

Sebahagian daripada komponen bangunan pemecah bijih
yang masih ada hingga hari ini




KRONOLOGI SEJARAH


1916
 Ahli kajibumi Jepun Mr. Kuhara datang ke Dungun membuat kajian di konsesi Chemuak, Ulu Dungun. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut.

1925
 Syarikat Kuhara Mining Ltd. membuka lombong di Machang setahun.

1929
Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. dengan keluasan 1,080 ekar. Kawasan tersebut adalah pecahan daripada ML 75 iaitu ML 129, ML 131 dan ML 132.

1930
Pengurus Lombong pertama R. Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan Keretapi ringan di Dungun Bukit Besi dapat disiapkan di setesen Che Lijah.
Beberapa tahun kemudian, berlaku pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan.

1934
Keadaan pulih semula dan permintaan makin bertambah. Pekerja yang diberhentikan diambil semula dan ditambahkan dengan perkerjaan baru.

1935
 Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).

1936
Sebuah Gua/Terowong di Bikit Tebak dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong.

1938
 Perkerja China berhenti beramai-ramai kerana adanya sentimen anti Jepun akibat daripada peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, sebahagiannya diimpot terus dari India.

1945
Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada

1946 - 1948
 Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat.

1948
Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad(EMMCO) pada bulan Ogos

1950
Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan bertambahnya permintaan daripada Jepun.

1.10.1970
Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutupkan lombong bijih besi Bukit Besi