LAMANKU
▼
POHON SERIBU GUNA
TAHUKAH ANDA
Di sepanjang pantai di Terengganu dari utara(Besut) ke selatan (Kemaman) yang sejauh 225 km terdapat deretan pohon kelapa yang menjadi benteng utama dari hakisan pantai. Pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari hujung pucuk hingga akar. Selain itu, pokok ini boleh di jadikan penawar racun dan ubat. Pokok ini juga turut di kenali sebagai pokok seribu guna. Pernahkah anda terfikir keistimewaannya?
KEISTIMEWAAN POKOK KELAPA
-Pucuknya boleh di buat ketupat
-Batang pada daun kelapa boleh di jadikan lidi penyapu
-Daunnya boleh di buat origami
-Umbut kelapa boleh dimakan begitu sahaja @ dimasak
-Batangnya boleh dijadikan titi di sungai
-Batang kelapa boleh di buat dinding rumah
-Air kelapa boleh menyejukkan badan
-Airnya boleh dijadikan penawar racun
-buah kelapa yang kering boleh dijadikan santan dalam masakan
-Isi kelapa muda boleh dijadikan bahan utama untuk membuat kuih
-Sabut kelapa dijadikan bahan membakar kuih
-Sabutnya turut dijadikan kusyen kereta
-Sabut kelapa turut di buat hiasan
-Sabut kelapa dijadikan pasu bunga dan di gantung
-Akar digunakan untuk menjadi penahan hakisan di pantai
-Tempurung kelapa dijadikan gayung untuk menceduk air
-Tempurung kelapa dijadikan tempat abu rokok
-Tempurungnya dijadikan bekas minuman
-Pelepah kelapa yang kering dijadikan sungkupan pada pokok
-Pelepahnya boleh dibuat atap
-Pelepahnya dijadikan dinding bangsal