NASI DAGANG
KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.
Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.
Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang.
Bagaimana ke sana
Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu.
NASI LEMAK
Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti.
Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun.
Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga kandungannya jug telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak.
DODOL DAUN PALAS
Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. cara pembuatannya sam seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.Cara pembuatanya yang rumit menyababkan ramai yang tidak sanggup untuk mengisahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak.
Di Terengganu perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.
Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya..
KEROPOK LEKOR
Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudianya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping.
Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha.
Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan.
SATAR
Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa sertadi letak sedikit cili hiris sebagai perasa. kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar.
Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di
sepanjang jalan di negeri ini.
KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR
Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang.
kuih bakar
PULUT LEPA @ PULUT BAKAR
Pulut lepa di buat menggunakan beras pulut yang di rebus dan di masukkan inti ikan ke dala pulut sebelum di balut dengan menggunakan daun pisang dan di selitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar
di atas tempat membakar
OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan letakkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.
Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan terus di makan.
BUDU
Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu di hasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreatif anda.
KUIH NEKBAT
Kuih nekbat adalah kuih yang di perbuat oleh masyrakat di sini. bentuknya sama seperti kuih akok tetepi kuih ini menjadi kembang apabila di bakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya.
Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui.
Jika anda handak mengetahui dan merasa makanan tradisi Terengganu ?
sila berkunjung ke TERENGGANU.
rasalah,nikmatilah keenakannya.......lazatttttt
Jika anda handak mengetahui dan merasa makanan tradisi Terengganu ?
sila berkunjung ke TERENGGANU.
rasalah,nikmatilah keenakannya.......lazatttttt