CERITA 1
Semasa di sekolah rendah aku amat lincah dan suka kan kepada cabaran. Semasa waktu petang selepas pulang aku dan beberapa lagi rakan ku masuk ke hutan untuk melastik burung. Di dalam hutan aku melihat pelbagai jenis pokok-pokok yang aku belum kenal. Sedang asyik aku melihat pokok-pokok, tiba-tiba rakanku mengarahkan kami berhenti bergerak kerana katanya ada burung di atas pokok. Sarul mengeluarkan anak batu yang kami kutip tadi sebelum masuk dalam hutan tadi dari poket seluarnya. Dia menarik lastiknya lalu melepaskan anak batu tadi tetepi tidak kena sasaran, dia mencuba lagi dan kali ini aku dengar sasaran mengena tetepi Sarul menyuruh kami lari, aku yang tidak tahu apa yang berlaku terus lari sehingga ke jalan,sampai di sana Sarul memberitahu kami bahawa sasaran terkena sarang tebuan. Aku dan rakanku yang lain apa lagi terus ketawa sambil mengatakan "askar mabuk tembak sarang tabuan dan kena serang balik kena kat dahi'
gambar hiasan sahaja.
CERITA 2
cerita ini bermula semsa aku darjah 3, semasa itu aku dan saudaraku curi-curi keluar untuk pergi mandi di sungai bersama dengan beberapa lagi rakan kami, kami keluar senyap-senyap kerana takut di marah oleh atuk ku yang sememangnya tegas orangnya.Sebaik keluar aku dan saudara ku terus bertemu dengan rakan ku dan kami berjalan hingga ke sungai, setelah tiba di sungai kami pun menukar pakaian kami dan terus mandi,sedang asyik mandi tiba-tiba kami di sergah oleh datuk ku sambil memegang ranting kayu untuk memukul kami, dia menyuruh kami naik dan pap.... satu libasan hinggap punggungku, apa lagi aku pun menangis kesakitan dan ketakutan. Rakan ku yang lain juga sama menangis akibat kena rotan di datukku.Apa lagi kami berlari balik ke rumah masing-masing. Pada malam itu, semasa aku sedang tidur datukku datang meletakkan ubat di punggungku dan menyelimutku.
gambar hiasan sahaja.
CERITA 3
Cerita ini berlaku semasa aku darjah3, waktu itu cuti sekolah. Aku bersama 6 orang rakanku telah mengikuti datuk dan nenekku ke kebun getah. Aku dan rakanku sibuk mencari buah getah untuk bermain"laga getah" .Setelah selesai mencari,Budin mengajakkau pergi ke rumah Sarul yang berada tidak jauh dari kebun getah, kami bersetuju dan pergi ke sana tetepi hampa kerana dia tiada di rumah,aku bertanya kepada abangnya yang kebetulan ada di situ. Dia memberitahu kami Sarul pergi ke rumah pekeja Indonesia yang berkerja di ladang kelapa sawit yang berada di hadapan rumahnya. Kami pun masuk ke ladang kelapa sawit untuk berjumpa dengan rakan ku ini tetapi sebaliknya yang terjadi, kami telah sesat dalam ladang tersebut. Aku dengan tiba-tiba menjadi ketua mencari jalan keluar kerana 2 rakanku iaitu Mek Nor dan Ieda tiba-tiba menangis ketakutan. Aku dengan tenang pada wajah tetapi sedikit takut di dalam hati mencari jalan keluar. Semasa mencari kami terserempak dengan pelbagai haiwan seperti ular,babi dan kera. Walaupun takut aku tetap memberanikan diri ku untuk terus mencari jalan keluar kerana 2 rakan ku yang menangis tadi semakin kuat tangisananya. Akhirnya kami berjumpa dengan mando yang menjaga ladang tersebut yang lalu di jalan yang kami lalui,aku mengarahkan rakan ku yang lain ikut jalan yang kami lalui sekarang dan akhirnya kami sampai ke jalan utama. Aku bersyukur kerana berjaya keluar dan kami pulang ke rumah, masing-masing menceritakan kepada keluarga meraka hingga terdengar hilaian ketawa ahli keluarga mereka apabila mendengar cerita tersebut. Itulah pengembaraanku yang masih segar dalam ingatanku hingga kini.
gambar hiasan sahaja.
CERITA4
kisahku ini adalah kisah aku dan rakan ku mandi manda di pantai sampai kena apai-apai. Kisahnya bermula apabila aku dan rakan ku bersiap untuk mandi pantai. setelah siap menukar pakaian untuk mandi, kami pun turun ke dalam air. sedang asyik mandi tiba-tiba rakanku memberitahu aku ada apai-apai datang, belum sempat aku bangun apai-apai itu menyerang aku dan terkena sedikit dekat perutku, apa lagi naik ke pantai terus aku amik pasir pantai melumurkan pasir dekat tempat kena libasan ekor apai-apai kerana tidak tahan gatal sangat. setelah hilang gatal aku pun turun semula untuk mandi, belum pun 5 minit aku turun kawanku pula yang kena kerana tidak sempat mengalak apai-apai, seluruh badannya gatal. tnap berlengah aku mengutip kayu yang berada di situ lalu membuat unggun api dan meletakakannya dekat unggun api supaya hilang gatal tersebut. Selepas kejadian tersebut 2 bulan kami tidak mandi di pantai.
gambar hiasan sahaja.
CERITA 5
Cerita ini adalah cerita aku dan saudaraku.ainya bermula pada suatu pagi mak sedaraku no.4 mengajak kami 3 orang untuk memasak meggi dalam kebun getah belakang rumah kami.. Setelah setuju, kami pun bersiap untuk masak di sana. Tanpa pengetahuan datuk dan nenekku periuk,pinggang, senduk, dan sudu kami ambil untuk memasak di sana. Setelah siap semua peralatan, kam pun menuju je kebun getah. Sampai di sana, aku dan mak sedaraku yang bongsu di tugaskan mencari ranting kayu yang patah untuk di jadikan kayu api, setalah selesai mencari, kami berehat kerana tugas memasak telah di serahkan kepada mak sedaraku no.4 dan 6. Setelah siap memasak, kami pun menjamu selera denganlahapnya kerana lapar sangat. Sedang asyik makan tiba-tiba saudarku yang bongsu tersedak kerana kami lupa membawa air utuk di minum.apa lagi terpaksa minum air paip dalm botol yang di bawa untuk memasak meggi tadi.Keesokan datuk ku memberi tahu ada askar masuk dalam kebun dan masak meggi, tapi buat-buat tanya pada datukku "askar tu tidur kat situ ke malam",datuk ku tidak menjawap lalu beredar. setelah beredar ku dan maksedaraku yang lain ketawa sampai payah nak berhenti kerana askar itu adalah kami. Selepas kejadian itu kami masih memasak di sana sebanyak 3kali.
gambar hiasan sahaja.
CERITA 6
Semasa aku asyik melihat piala dunia 2010 ni, tiba-tiba aku teringatkan zaman aku kecik-kecik,masa tu aku aku darjah dua. Masa tu aku mula kenal bola kerana aku ni jenis liat sikit bab berkaitan sukan ni. Pernah masa darjah satu aku lari satu sekolah kerana tidak mahu bermain sukan pada waktu pendidikan jasmani, Tetapi cikgu tak dapat tangkap aku kerana aku bersembunyi di belakang tandas. Ops...... jauhnya aku cerita, berbalik pada cerita asal,pada masa pendidikan jasmani jugak, cikgu memaksa aku untuk bermain bola, nak tak nak terpaksa la aku main jugak.......... Aku pada mulanya bermain di bahagian tengah, masa tu aku mana la pandai lagi macam sekarang, sampai je bola kat kaki aku, aku main tendang je ke mana bola tu pergi aku tak tau. Lepas tu aku di tukar menjadi penjaga gol plak. satu biji bola pun tak dapat melolosi aku kerana ketangkasan aku menangkap masa bola di atas tanah lagi waktu kawanku hendak menendang ke gawang gol.Akhirnya baru aku tahu kelebihan aku di bahagian mana, tak lain dan tak bukan..... penajaga gol la hehehe..... Sejak dari hari itu aku semakin seronok untuk bermain bola dan aku selalu mengambil posisi penjaga gol walaupun sesekali aku di bahagian lain namun gawang gol menjadi posisi utama aku.........
gambar hiasan sahaja.